>

Saturday 4 February 2012

Maulidur Rasul

Asalamualaikum ,


5 Februari 2012 ,
Bersamaan 12 Rabiulawal 1433 ,
Tahukah anda tarikh di atas ni berkaitan dengan siapa ?
*kalau tak tahu buat-2 tahu ya :)


Tarikh tersebut berkaitan dengan Kekasih Allah iaitu ,
Nabi Muhammad S.A.W. (نبي محمد صلى الله) ,
Atau nama sebenar baginda iaitu Muhammad Bin Abdullah ,

Dilahirkan di Makkah pada hari Isnin ,
12 Rabiulawal (20April 571M) ,

Ibunya Aminah Binti Wahab ,
Bapanya Abdullah Bin Abdul Muthalib .

Baginda menjadi anak yatim piatu ,
Halimahtus Sa'adiah حلمة السعديه ,
Sebagai ibu angkat (ibu susunya) ,
Kemudian ,
Dijaga oleh atuknya Abdul Muthalib ,
Selepas Atuknya wafat ,
Baginda dijaga oleh bapa saudaranya ,
Abu Talib أبو طالب .

Terkenal dengan sifat As Saadiq (yang benar) ,
Dan Al Amin (yang amanah) .
AL-Quran merupakan salah satu mukjizat baginda .

Suami kepada
Khadijah binti Khuwailid خديجة بنت خويلد‎ ,
Memperolehi 6 orang anak ,
Al-Qasim Bin Muhammad dan Abdullah Bin Muhammad ,
Kedua anak lelakinya telah meniggal dunia semasa kecil .
Anak perempuannya iaitu ,
Zainab Binti Muhammad ,
Ruqaiyah Binti Muhammad ,
Ummu Kalthum Binti Muhammad ,

Fatimah Binti Muhammad .

*Isteri baginda wafat pada usia 64 tahun .


Kerasulan .


Pada suatu malam ,
ketika baginda sedang bertakafur di dalam Gua Hira ,
Malaikat Jibril datang .
Baginda diminta membaca oleh Malaikat Jibril ,
Tetapi baginda menjawab ' Saya tidak tahu membaca ' .
Malaikat Jibril mengulangi permintaannya sebanyak 3 kali ,
Jawapan baginda sama .

Akhirnya Jibril berkata :
' Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya .'


*Ini merupakan wahyu pertama baginda ketika berusia 40 tahun .

Terdapat pelbagai perkara yang telah baginda lakukan ,
Demi untuk menegakkan agama Islam ,
Agama Allah S.W.T.
Antaranya berkaitan dengan Pembukaan Kota Mekah ,
Agama Islam di Madinah ,Dan beberapa lagi perkembangan dalam menyebar dan memajukan agama Islam .

Masyaallah ~
Bertapa mulianya baginda kan ?
Agak-2 kita boleh buat tak ?
Insyaallah boleh .
Kenalah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan .

Ini sahaja yang mampu kita taip ,
harap-2 kamu dapat ilmu sikit okay :)

Renung-2 kan ,
Dan selamat beramal ;)


Kita semua seharusnya mencontohi sifat peribadi baginda .

#sesiapa yang nak ada makwe tu ,
kena ada sifat-2 macam Nabi Muhammad S.A.W. kita ni ,
barulah dapat . HAHA merepek pula kita ni .
Cerita pasal makwe pula (khas untuk remaja) :D




Marilah kita berselawat ke atas Nabi kita ,
Nabi Muhammad S.A.W.

Salam Maulidur Rasul



Terima Kasih dan Jumpa Lagi :)